Ibnu khaldun wiki malay language
Dikenali sebagai ibnu khaldun sempena nama tempat kelahirannya di kawasan khaluniyah di Tunisia. Beliau adalah keturunan Arab Yaman.
Ibn khaldun biography pdf
Beliau pernah menyandang beberapa jawatan yang penting dalam negara dan antaranya ialah setiausaha negara, anggota majlis ilmiah, duta granada, Ketua hakim negara mesir dan perdana menteri bijayah. Beliau seorang yang tekun mencari ilmu. Beliau belajar pelbagai ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah sejak kecil lagi. Walaupun beliau adalah seorang yang sibuk tetapi beliau tetap terus menuntut ilmu.
Beliau seorang yang bijak membahagikan masa untuk berkhidmat dan menuntut ilmu. Ibnu Khaldun berjaya menganalisis aspek masyarakat politik, ekonomi dan pendidikan dalam karyanya. Beliau juga selalu memberi idea dan panduan terbaik tentang asas penggunaan sesebuah tamadun, iaitu mesti tertegak diatas kombinasi keunggulan rohani dan jasmani. Rupa-rupanya, Ibnu Khaldun juga adalah pelapor kepada pemikiran moden sejarah, politik, ekonomi, sosiologi dan pendidikan.
Karya beliau banyak mengaitkan tentang sesuatu perkara dengan perkembangan rohani akal dan akhlak. Karyanya telah dijadikan bahan rujukan dan kajian oleh para sarjana. Kerana pemikirannya yang bijak, Ibnu Khaldun sering dijadikan wacana, tema seminar, bengkel dan persidangan ilmiah, judul-judul buku dan tesis diperingkat pengajian tinggi.
Ibnu Khaldun ialah seorang ahli falsafah sejarah yang terkenal. Beliau juga merupakan pengasas ilmu falsafah sejarah. Objektif Ibnu Khaldun adalah untuk membetulkan fakta salah yang diselewengkan oleh ahli sejarah barat.